03 November 2006

Wings Mau Kasi Gegar Planet Hollywood!

Alamak! Saiz Eddie sekarang dah dua kali ganda Black!

SEPANJANG pembabitan aku dalam arena rock kapak, cuma empat kali aku berkesempatan nonton konsert Wings. Pertama, pada 1987 di Taman Tasik SM Noor, Batu Gajah, Perak. Kedua pada tahun dan lokasi yang sama jugak.

Masa tu diorang baru keluarkan album sulung, ‘Belenggu Irama’ dan Joe baru diambil sebagai gitaris Wings selepas Sham menarik diri untuk menyertai Scandals (selepas itu bersama CRK). Sebelum Joe, ada seorang gitaris Cina menyertai Wings sekejap iaitu Tham. Kali terakhir yang aku tahu Tham bekerja sebagai Sound Engineer di studio Positive Tone (tak tau dia keje lagi ke tidak sekarang kat situ).

Kali ketiga dan keempat di Planet Hollywood, KL pada 2002 dan 2003, la lebih kurang. Masa tu Wings baru reunion balik dengan kembalinya Awie. Walaupun show dalam tempat yang sempit, tapi puas hati sebab dah terlalu lama sangat rindukan aksi Wings. Aku syok sangat pasal diorang bawak lagu favourite aku, “Opera Hidup”.

Lepas tu aku terlepas banyak show Wings seperti kat Planet Hollywood, Orange dan terbaru di Konsert Malindo. Bagaimanapun, pada 26 NOVEMBER 2006 ni aku tak nak terlepas lagi. Wings akan beraksi lagi di Planet Hollywood dalam siri Sunday Nite Live 2006 mulai jam 10.30 malam. Diorang akan buat persembahan selama satu setengah jam dengan himpunan lagu-lagu lama diorang. Gerenti puas hati punya!

Lupakan cerita Awie bercerai dan kahwin lagi satu. Apa yang penting, mari kita kasi gegar Planet Hollywood!

Tiketnya RM40 termasuk free soft drink. Errr... mungkin agak mahal tapi aku rasa berbaloi. Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Sharina Ahmad (Pengarah Pemasaran) di 03-2144 6602 / 012-376 3446 / salephkl@tm.net.my

Erlina Zahidi (Eksekutif Pemasaran) di 03- 2144 6602/ 012- 265 2617/ salephkl@streamy.com

18 comments:

kamal said...

vcd konsert Orange yg dijanjikan tu pe cite? berjanggut dah ni, hehe...

maybe takde pengedar lagi kot... Wings skrg under label mana ye?

nampaknya Wings kena tukar lirik la.. gua jerit sampai perit, pasal tiket 40 ringgit!!

carvedijan said...

Ini lah berita gembira untuk minggu ni...!!!! Dah call Ms Sharina...memang confirm Wings akan perform kat Planet. Dapat le mengubati kempunan masa kat Orange hari tu.

makcikpokpek said...

giant!!!!! chenta hatiku akan menggegarkan planet sekali lagi. tak sabo woo.. sis nana, apa kata kita tinggal suami mu, bawa deena, g layan bofren kita punya show!
cuma gua harap sound system dia ok, sbb lately ni, planet pnya sound mcm haram..

Kutu-Kutu Rock said...

Kamal
Ntah! Cuma dlm Malay Mail hari ni (6 Nov), Joe cakap diorang released album live 'Wings Alive 06'. Yang ni ke VCD tu? Tak cakap plak dah release ke belum. Lepas tu diorang akan record album baru April tahun depan. Katanya title dia Prima Domestik.

Carvedijan
Hahahaha! Tu lirik R N R Lu punya Suka Tu! Biasalah Planet, layan je lah. Skrg kalau nak tgk show RM10 kirim salam le...

Makcik Pokpek
Pandai je suruh gua jaga deena... Pening ni. Mana nak letak dia? Adussss... kang bawak sekali kang, susah la plak!

Nadia said...

nak pegi!!! yeay!!..;-)

p/s: yatt, kan dah kata? sure wings yg buat konsert punyelah!search gak yg postpone. heheheh...;-)

bentara said...

sempoi ni kot!

sambil2 tu datang le ke krenmaut.blogspot.com

Edd Vedder said...

macam beh je. 40 ringgit ek? hmmm.. bleh tahan maheinya. Tapi OK la kot considering fans Wings yg tgh kempunan skang ni... hehe.

jajakukaku said...

hehe..nanti bley jumpe bro yat ngan sis amoi kat sane..

Kutu-Kutu Rock said...

Sam Bentara...
Thanks singgah kat sini. Waa... Krenmaut keluar balik la. Hehehe.. penah jugak gua baca 1st issue dulu tu.

Amacam, cover Langsuyr ari tu ok tak?

brader said...

Seblom Wings buat show kat Planet nanti, diaorang ada buat show kat Zahara Pub - Singapore. Kalau tak salah malam ni atau malam esok.

Kalau gua rajin serta kocek gua penuh, gua singgah lah kejap tengok diaorang perform.

aku poyo said...

alahai, poyo nyer band ni!!!!

hahaha...

teruskan lah kekuno an korang!!!!

Edd Vedder said...

weh yatt..!
Slamat hari jadi woii.. dah brapa tua ko skang? hehe..

Kutu-Kutu Rock said...

Brader
Best tak show Wings tu? Turun ke?

Edd
Hahaha... Tq Tq... Aku dah tua la Edd. Hari ni dah 32 tahun 3 hari.

Edd Vedder said...

Citer Iron Maiden kat ROTTW Nov gempak Yatt. Well-written. Tahniah.

Nadia said...

edd,
patut la dok layan iron maiden je lately ni..heheheh...

aku poyo said...

hahaha....
tak bleh blah!!!!!!

brader said...

Kutu
Tak lah bro, gua exercise biji mata gua malam tu.

Kutu-Kutu Rock said...

best betoi showcase ni! tunggu review gua soon..

p/s: kamal, cd konsert kat orange akan kluar next month. vcd next year. kata awie semalam la..

-nadia-