03 January 2007

SEARCH tarik diri

KONSERT S2 CELEBRATION BERSAMA SLANK : SEARCH TARIK DIRI!

SUSAH aku nak percaya dengan berita terbaru ni. Konsertnya lusa, tapi Search tiba-tiba menarik diri untuk mengadakan konsert S2 Celebration bersama Slank sempena ulang tahun ke-25 mereka. Suka atau tidak, itulah berita yang terpaksa peminat setia Search terima sekarang ini.

Ini sumber yang aku dapat daripada penganjur, 3 Events. Khabarnya Search buat keputusan drastik gila babi itu sebab organizer sediakan sound-system dan audio cikai. Semua ni dibuat sebelum Hari Raya Haji baru-baru ini. Puas pihak 3 Events pujuk, tetapi mereka tetap dengan keputusan mereka ( khabarnya Amy adalah yang paling lantang nak tarik diri)!

Slank tiba di KLIA malam tadi (2 Januari) dan diorang terpinga-pinga bila dapat tahu yang Search tak jadi perform dengan diorang. So, konsert yang pada asalnya adalah konsert Search akan jadi konsert Slank penyudahnya. Ada opening band sebagai pengganti, tapi tak tau band apa.

Hari ini (3 Januari) pukul 12 ada press conference pasal konsert ni kat Planet Hollywood, KL. Aku jamin ia gerenti panas! Khabarnya, takde seorang pun line-up Search akan hadir. Takpe, aku akan update lagi lepas ni.

Aku tak tau la ada sebab lain atau tak, tapi bagi aku ini adalah keputusan yang boleh membunuh Search sendiri. Diorang seperti tak fikir langsung pasal peminat yang ada sesetengahnya dah nak bertolak ke KL. Peminat lepas ni akan semakin bosan dengan Search. Ini aku jamin!

Tunggu update lagi selepas ni.

-By: Yatt, Kutu Rock-

No comments: