05 July 2008

BLOGPOLL: SOLO MANA PALING SEMPOI? (ROUND 2)

Masih ingat entry yang ini? Solo Mana Paling Sempoi? (Round 1)

Okey, firstly, terima kasih kepada Edd Vedder, Hanim Madewnus, Caspera, Zan, Zack, Sgns, Rising Dragon, Speedrider, Amir Fififudin, Karim, Aliph Jambeso dan CMK atas cadangan dan/atau undian korang. You guys rockkk!

Selepas mengambil kira pandangan dan pilihan diorang, inilah 10 solo rock kapak paling sempoi dan tangkap lentok yang telah disenarai pendekkan berdasarkan jumlah undian paling banyak:
(Nota: Senarai ini tidak mengikut ranking)

1. Srikandi Cintaku - Bloodshed
2. Dari Sinar Mata - Bumiputera Rockers
3. Sentuhan Kecundang - Ekamatra
4. Sketsa Sebuah Cinta - MAY
5. Fantasia Bulan Madu - Search
6. Isabella - Search
7. Meniti Titian Usang - Search
8. Sejuta Wajah - Sweet Charity
9. Taman Rashidah Utama - Wings
10. Sejati - Wings

Bermula dari hari ini, 5 Julai 2008, bermulalah pusingan kedua (Round 2) Blogpoll ini. Inilah masa untuk korang semua menentukan solo yang mana paling sempoi (aka paling tangkap lentok, aka paling dahsyat, aka paling mengancam, aka paling sedap etc.). Caranya senang saja. Sila tengok online poll di sebelah kanan, atas, blog ini. Daripada senarai itu, pilih LIMA (5) solo yang korang rasakan paling sempoi (P/s: Undi sekali je, okey? Tapi kalau terlebih rajin tu, ikut suka lah. Hehehehe...).

Blogpoll (Round 2) ini akan ditutup pada 7 mlm, 5 SEPTEMBER 2008. Keputusan 10 solo paling sempoi dan mengikut ranking, akan diketahui selepas itu, worait?

So, apa tunggu lagi? Undi sekarang! ;-)

6 comments:

rising dragon said...

"Blogpoll (Round 2) ini akan ditutup pada 7 mlm, 5 Disember 2008"
5 Dec?? Apasal lama sangat? Nak dekat Raya Haji tuu? Nanti anti-climax lak.

Nadia said...

rising dragon,
heheh..lama sangat ye? bukan apa, sementara ni bz sket lah...tu psl nak buy the time. hehe. lgpun bile blogpoll tu ditutup, ingat nak buat analisis ke, interview ke apa..;-)

anyway, kalo kitorang rasa2 mcm blogpoll ni tak laku je nanti (ye la, blog ni bukan glamer pun..haha), kitorang pendekkan jangkamasa voting, worait?

Nadia said...

rising dragon,
kitorang dah cepatkan sikit tarikh tutup blogpoll ni to 5 September 2008. Wokehhh?;-)

rising dragon said...

5 Sep?..hmm..elok ler tuu. Lagipon dah sempena bulan Ramadhan. Sebelom Raya nanti cepat2 ler umum kan saper juara. :)

speedrider said...

malam raya announce!!!!!

hehehehehehe tak terpegang brader and sister kita nanti hah sibuk isi ketupat....

sgns said...

Yeahhhhhhh!!!!
Manyak syiokkkk...