06 March 2009

SEARCH AKHIRNYA BUAT FAREWELL TOUR

Search circa 1986 - 1987, album Langit & Bumi dan Mentari Merah Di Ufuk Timur (pix dipinjam daripada Izudin Ismail).


KAT bawah ni date konsert Farewell Tour Search yang diambil dari sultanmuzaffar.blogspot.

1. TERENGGANU
Saturday, 25 April 2009
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Kuala Terengganu

2. PULAU PINANG
Saturday, 2 May 2009
Tapak Expo, Seberang Jaya Pulau Pinang

3. PAHANG
Saturday, 9 May 2009
Stadium Mini Jengka, Maran

4. PERAK
Saturday, 16 May 2009
Stadium Mini Teluk Intan, Teluk Intan

5. JOHOR
Saturday, 23 May 2009
Stadium Kluang,Johor

6. KELANTAN
Saturday, 13 June 2009
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu

7. SARAWAK
Saturday, 27 June 2009
Stadium Sarawak, Kuching

8. SARAWAK
Saturday, 4 July 2009
Miri Indoor Stadium, Miri Sarawak

9. SABAH
Saturday, 11 July 2009
Kompleks Sukan Sandakan, Sabah

10. SABAH
Saturday, 16 July 2009
Kompleks Sukan Tawau, Tawau Sabah

11. SELANGOR
Saturday, 1 August 2009
Stadium Shah Alam, Shah Alam


Apapun kata Hillary, tarikh dan tempat tu sebenarnya ada yang belum confirm. Stadium Shah Alam memang pasti dan ia adalah yang terakhir dan paling grand. Selain line-ups sekarang iaitu Amy, Hillary, Din, Nasir dan Yazid, Search turut akan menjemput Man Kidal, Yan dan Kid yang pernah bersama Search untuk membuat penampilan khas dalam konsert itu.

Ini konsert Farewell Search, what do you expect? Lepas ni memang Search akan dibubarkan dan semua anggota akan membawa haluan masing-masing. Selain konsert, mereka juga akan mengeluarkan dua single terbaru.

Selain itu, konsert Search akhirnya dapat juga tajaan dari Telco company iaitu Celcom yang sebelum ni asyik nak sponsor band Indon. Orang kuat Celcom di utara kata harga tiket amat berpatutan dan banyak aktiviti bersama Celcom di venue-venue itu.

Cuma aku pelik salah satu venue di Perak, kenapa Teluk Intan? Kenapa tidak Ipoh? Ipoh jika dibuat di Stadium Indera Mulia pasti nostalgia konsert Search era 80-an dan 90-an di situ akan berulang.

Kata Hillary, "Ipoh dah takde crowd. Crowd Ipoh dah tak macam dulu."

Betul ke?

Apapun, aku memang dah tak sabar untuk bersama mereka lagi!

Pelesit Kota!!

14 comments:

saidz saedon said...

berakhirnya hayat sebuah lagenda rock malaya...
tapi yg pastinya,karya2 diaorg akn sntiasa hidup...
long live rock n roll!!!

speedrider said...

Search 2 May di Tapak Ekspo Seberang Jaya? Tukar pulak ker?? Aiseh... Tapi takper.. dekat sikit ngan rumah. hahahahahahah

zan said...

Rasanyer venue yang kat sultanmuzaffar tu belum update kot.

Latest info yang aku dapat, Telok Intan tukar ke Medan Gopeng, Ipoh. Kluang tukar ke Stadium MBJB, JB..

Tapi dengar kata gak harga tiket cam haram nyer mahai...

amey ahmad said...

baik punya plan.. elok sangat ler tuu.. jangan ler tukar dan jangan ler tak jadi.. 24hb April touchdown kat K. Terengganu, 25hb dan pi tengok kosert.. cantik sangat dah tuu..

N a d i a said...

sume ni blum confirm datesnya. besides, depa blum buat pc kan? lepakkkk...just kumpui je la duit.

ipoh kat medan gopeng? bior bebeno. tapak ekspo tu skang dah jadi stesen bas ekspres. hehe. takkan nak main kat dewan oghang kawen kat silveritage kat situ? hehe. kalo main kat depan DBI tu cantekk gak. open air. arghhh, tak kesah la. janji kat ipoh. dan kat ipoh anywhere also can. BAWAH POKOK also can, whattt? anything's possible maaa..;-)

Elly Rocker said...

part yg BAWAH POKOK tuh sgt2 priceless! hahahhahahaha!!!

Anonymous said...

aduss...takkan nak bubarkan lagi, apsal nak farewell2 nihhh....

Search is legend, walau camna pun aku nak turun salah satu concert dia....

Anonymous said...

pyh tol diorg nak wat kat n9..
tp x de hal coz wa skang da lepak sbrg jaya.. haha..

Yatt said...

Zan, sapa yg kasik info tukar venue ke Medan Gopeng, Ipoh?

Setahu aku Medan Gopeng tu dah lebih 20 tahun org x buat konsert kt situ. Tmpat tu skang nak jadi Terminal Bas Express & Medan Selera.

Kalau Search nk buat konsert kt situ jugak kelakar la... mana ada space dh kat situ! Ekekeke!!

N a d i a said...

yatt,
tapi kan..ok gak kalo wat kat medan gopeng, where ever they wanna sumbat the stage lah. dekat je tuuu..buleh jalan kaki je. mcm zaman rock dolu-dolu. siap dressing rock habis lagi..;-)

kueh bakar said...

lambat laaa diorg ni..aduhh...buat kat bukit jalil...tiket 5 hengget suda laaa...

Bag Kertas said...

memang aku punya impian nak nengok man kidal main ngan search semula...akhirnya kalau jadik... sure pegi shah alam

Anonymous said...

tak sabar nk tengok konsert search kt JB ni....mesti crowd

Mohd Huzaini said...

Dulu, kini dan selamanya Search mmg jadi grup rock no. 1 aku. Dari sebelum diaorg buat album, cari makan kat pub Piccadilay KL., aku mmg tak miss. Show kat mimaland, aku panjat pagar asrama sekolah aku pegi. balik kena tangkap dgn warden, aku tak kesah. Aku puas.....
Skang, aku tak pyh panjat pagar rumah aku. Dulu aku gi sorang, skang aku paksa bini aku gi...Peeewiiitttt!!!!!