25 February 2006

Ikon-A Rockstar Chronicle - Amy



ALBUM: Ikon-A Rockstar Chronicle
ARTIS: Amy
TERBITAN/EDARAN: Neo Digital Sdn Bhd
TAHUN: 2006

Sebenarnya tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang album ni. Ia hanyalah satu album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu sepanjang karier solo Amy Search. Rasanya, tajuk 'A Rockstar Chronicle' itu terlalu 'promising', kerana 'chronicle' sewajarnya turut menampilkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Amy bersama Search kerana karier 'rockstar'nya bermula di situ.
Pemilihan lagu untuk album ini terlalu sempit. Lagu-lagu seperti "Aku", "Kalimah Cinta", "Gita Rama Sita", "Kembali", "Salam Terakhir", "Sejuta Wajah", "Suatu Masa" dan "Tiada Lagi" diambil dari album solo Amy iaitu 'Aku' dan 'Suatu Masa'. Mana pegi lagu-lagu hebat rock icon ni dari album 'Magic' dan 'Camouflage'? Ataupun lagu-lagu dari album Search?
Selain tu turut dimuatkan lagu "Suatu Impian" (duet bersama Sasi The Don yang diambil dari album penyanyi tu), "Sama Rasa" (duet dengan Tan Sri SM Salim dari album Tan Sri), "Rock & Roll" (cover song daripada Led Zeppelin yang rasanya diambil daripada album Tribute To Led Zeppelin. Live version ni rasanya dirakam di Hard Rock Cafe, KL) dan "Isabella'98" (nyanyian Amy bersama Jamal Abdillah, Zamani dan Saleem - malangnya, sejak dulu lagi, versi ini memang tak sedap!).
Kalau nak dibanggakan ialah dua lagu baru yang dimuatkan iaitu "Suralaya Dalam D Major" dan "Syurga dan Neraka" (duet dengan Bienda). Suralaya boleh aku labelkan sebagai lagu slow Amy yang terbaik dari segi melodi, arrangement dan lirik setakat ini (beremosi, dan 'haunting'; impaknya sama seperti selepas mendengar lagu "Kalimah Cinta" daripada album 'Aku'). "Syurga dan Neraka" pula satu percubaan yang segar dan baru. Mungkinkah kedua-dua lagu ini membawa 'klu' tentang album solo Amy yang akan datang?
Walau bagaimanapun, pujian patut diberikan pada cover album yang memang mantap dan menyerlahkan imej Amy yang sememangnya 'stylo taiko' rock Melayu.
-nadia the rockin' mama-

9 comments:

Anonymous said...

album ni memang kompilasi karier solo Amy, sebab tu tiada lagu bersama Search. tapi, memang agak pelik juga dan rasa tak lengkap sebab tiada wakil Magic dan Camouflage (tapi aku boleh faham, sebab 2 album tu dari BMG, sekarang ni dah gabung dgn Sony kan? maybe masalah hakcipta)

apa pun, aku suka album baru Amy ni sebab selain 2 lagu baru yg mantap, ada lagu2 dari album yg mungkin aku takkan beli, iaitu duet Sasi dan SM Salim. lagu Isabella 98 tu pula walaupun tak best, tapi at least patut jadi koleksi utk semua peminat Amy. mungkin sebab tu ia dimasukkan sekali. dan sekarang ni kompilasi karier solo Amy hampir lengkap...

N a d i a said...

understood. sure ada problem copyright. pasal tu la tajuk album tersangat la penting. 'a rockstar chronicle' is too promising atau, kurang lengkap (esp bila takde lagu dari magic & camouflage). but then again, ok la. support our stylo taiko!:-)

-nadia the rockin' mama-

Anonymous said...

"A Rockstar Chronicle" memang tujuannya nak bagi gempak je tu. kalau letak "Suralaya Dalam D Major - kompilasi lagu-lagu Amy" pun dah OK sangat sebenarnya. tapi, tu tajuk melayu la kan, tak gempak. haha..

sambung sikit lagi...

kalau betul2 nak kompilasikan nyanyian Amy, mau double disc/kaset ni baru cukup. aku memang dah lama tunggu kompilasi lengkap Amy.

- album tribute Led Zep juga ada satu lagi lagu nyanyian Amy selain Rock N Roll, iaitu lagu Dyer Maker.

- Nafas Cinta duet dgn Inka. dah lama tunggu lagu ni masuk dlm mana2 kompilasi.

- Kiblat Laser dan Serati Tak Bisa Jadi Undan, persembahan Amy bersama Wings/Superfriends. Amy juga nyanyi beberapa rangkap dlm Alam Barzakh.

- album live konsert Benson & Hedges tour bersama Wah Idris, Amy nyanyi You Give Love A Bad Name (cover Bon Jovi) dan versi live Saat Ku Idamkan.

- album raya, aku tak ingat tajuk album/lagu, ada dua lagu nyanyian Amy. rare jugak la.

- album Reflexi Ella (yg sepatutnya Reflexi Ella & The Boys), Amy rakam part duet dgn suara lama Ella dlm lagu Dua Insan Bercinta. ada 2 versi, rock & alternatif, dua2 patut dikompilasikan.

- Amy cover Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof), aku tak pasti asalnya dari album mana, tapi aku ada lagu ni dari OST Maria Mariana II.

itu je lah yg aku ingat, 12 lagu, cukup 1 album. saja senaraikan, kalau2 ada penerbit album yg betul2 nak buat kompilasi lengkap Amy. aku memang harapkan lagu2 ni semua ada dlm sebuah album.

N a d i a said...

mmg ni la lebih kurang aku sembangkan ngan yatt. tak lengkap beb, kalau setakat 14 lagu. nak kena double disc gak, baru segempak tajuk 'a rockstar chronicle'...:-)

-nadia the rockin' mama-

Anonymous said...

nak tambah sikit je lagi :)

aku harap dlm AIM nanti, diorang bagi Amy nyanyi Suralaya Dalam D Major, dgn full orkestra backup. kalau boleh biarlah sebagai lagu penutup. mau gempak gile..

ok, chow dulu..

N a d i a said...

bro,
kalo la idea tu menjadik kenyataan..pastu amy plak dressing mcm yg dia pakai time nyanyi lagu yg sama kat muzik2 baru ni - trench coat ngan floral motifs yg groovy yg sejibik cam robert plant - perghhhhhhhhh!!! mmg stylo taiko!!

-nadia the rockin' mama-

...$weE+ 666... said...

mcm steven tyler!

N a d i a said...

Zizie...
Amy tu memang Steven Tyler Malaysia...

Dlm Metro last week reporter si Ellyna tulis Amy Mick Jagger Malaysia. Aku rasa tak tepat. Aku ingat minah tu confuse kot antara Mick Jagger ngan Steven Tyler... heheh

-ara payung-

...$weE+ 666... said...

Amy tu memang Steven Tyler Malaysia...

tau takpe... he he...