04 January 2007

Konsert S2 Celebration Ulangtahun ke-25 Search akhirnya jadi konsert Slank!

SO, selepas berakhirnya press conference Konsert S2 Celebration Search bersama Slank tadi, maka confirmlah yang Search menarik diri dari konsert yang bakal meraikan ulang tahun ke-25 mereka.

Tidak ada seorang pun anggota Search yang hadir pada PC berkenaan dan apa yang meragukan, pihak penganjur, Tiga Events Sdn Bhd mengatakan Search menarik diri berikutan bencana banjir yang melanda Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Apa yang menarik, salah-seorang jurnalis yang hadir pada majlis terbabit segera menghubungi Amy. Dia bernasib baik apabila Amy menjawab panggilan berkenaan dan dengan nada yang cukup marah, vokalis Search itu berkata,

“Pegi mampus dengan konsert tu! Aku dah tak kuasa nak layan! Kau tak tak, kitorang dah discuss dengan Tiga Events pasal stage, lighting dan sound system yang kitorang nak sejak tujuh bulan lalu. Tapi dua minggu lepas bila kitorang check balik, production tak jalan langsung! Sound engineer pun takde lagi! Apahal? Sebelum tu bila tanya pasal production, diorang cakap semua ok. Tapi last-last jadi macam ni! Aku tak paham!

“Lepas tu masa PC tadi kenapa tak nak bagitau press masalah sebenarnya? Kenapa nak cakap kitorang tarik diri pasal banjir? Itu semua bull s**t! Konsert tu tunda kat Johor memang sebab banjir, tapi kat KL ni sebab diorang tak tunaikan apa yang kami nak.

“Kami tau peminat akan kecewa, tapi kami 10 kali lebih kecewa! Kami mintak ampun dan maaf tetapi kami terpaksa buat macam ni. Abis, kau ingat aku nak terpacak atas stage dan nyanyi tapi sound tak keluar dan hancur? Come on la, ini konsert anniversary kitorang. Kitorang nak buat the best untuk peminat. Takkan konsert macam ni kitorang nak main dengan sound system funfair lagi!

BEGITULAH ceritanya lebih kurang. Aku difahamkan selepas mendapatkan kenyataan Amy, semua wartawan meminta Tiga Events counter balik kenyataan itu, tetapi tak ada seorang pun yang tampil. Maknanya apa yang dikatakan Amy itu benar-benar berlaku.

Apa yang pasti, pihak yang menjadi mangsa ialah peminat. Khabarnya ada yang dah beli tiket dan datang bukan setakat dari Lembah Klang, tapi seluruh negara termasuk Singapura. Rata-rata peminat mahu melihat Search, bukan Slank sebenarnya.

Bagi Search, tindakan ini sedikit-sebanyak boleh mencalarkan reputasi mereka. Bagaimanapun, mereka tetap mempunyai ego sendiri dan tindakan ini juga dilihat sebagai tepat jika mereka terasa seperti dipermain-mainkan.

Tiga Events selaku syarikat besar dan berpengalaman luas dalam penganjuran pelbagai acara dan konsert, masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Aku tak tau apa masalah sebenarnya sehingga terjadi seperti apa yang Amy katakan.

Jadi, konsert yang pada asalnya adalah milik Search dan bakal menjadi konsert paling gemilang dalam sejarah penubuhan mereka akhirnya menjadi Konsert Slank dan Spider selaku opening band.

Sedih? Sebagai peminat nombor satu Search sejak album Cinta Buatan Malaysia, aku memang sedih dan amat kecewa.

23 comments:

...$weE+ 666... said...

tu la... aku pun sedih dan kecewa. tapi mcm amy ckp la, dia 10 kali kecewa dari aku. btol la apa yg amy & search buat. mmg respek sgt kat prinsip & spirit search. but a bit owrry on their future. takut terus kena blacklist by all sponsors. takut peminat marah. byk pros & cons laa...

Mohd Asnol Lob said...

ahaa...aku tgh bercuti lagi ni. masih di kampung. and plan nya nak gerak balik kl ari ni pasal esok nak layan search. semlm masa Buletin Utama dengar berita search cancel konsert. apa lagi, batal niat. postpone balik kl, weekend ni baru gerak balik.

kalo itu alasan mengapa search batalkan show mereka. aku buleh terima dgn senang hatinya. pasal dan nak cecah 50 thn dah umur dema semua tu, tak kan kita masih nak tgk show/konsert dema cam biasa je. nak jugak tgk msian band mampu buat konsert hebat dgn lighting system, sound system, pyro system hebat hebat cam Pink Floyd tu ke, KISS ke. ini SEARCH beb.

apa pun aku teringin sgt nak tgk band msia buat satu production konsert yg sgt2 hebat. biarlah search ni jadi permulaannya. long live rock n roll...

peace.

zan said...

Aku sokong ngan dorang di Yatt. Aku tak percaya ada orang yang tak kesah ngan lighting dorang, sound system dorang. Pasal yang wat konsert ni Search, bukan Scoin atau budakbaru (Newboys). Dah la tiket mahal, kena lak sound n stage cam hara. Dari dorang kena boo n maki ngan fan masa perform, baik dorang kansel konsert. C'mon la..dah 25 thn dorang, takkan nak potong kek "pandan" je kot? Kasi la kek 4-5 tingkat. Pada fan dorang, kasi amok la kat organiser. Nak untung beso tapi nak kuar modal kecik. camne tu?
Ni aku nak citer sket pasal scene Rock kat M'sia ni. Aku ingatkan dalam scene ni takde la pilih2 kasih. Suma rockers2 otai kat M'sia ni "sporting". Belakang, memasing cam haram. Ada ke "battle of the band" bebaru ni kat BKT JALIL (yang sekali ngan karnival rasa sayang tuh), yang pegi semi final suma anak buah dorang? Dan dorang gak yang jadi judges? Tak cukup2 ke nak sapu duit hadiah suma? Aduh..ilang respek aku kat A*i, Y@nt&3n ngan T@ju|...

N a d i a said...

Kpd SAUDARI yang mengepalai projek konsert ni, TAHNIAH!..Lu memang sorang yg BUTA, PEKAK dan amat PROFESIONAL!...;-)

P/s: Beb, rock kapak pun dah pernah masuk 'istana', wa cakap lu.

siti rosman said...

ooo... dah agak dah sure ada cerita lain nih...

betul gak tindakan search. hari tu yg search disaksikan godbless tu sound mmg cam hareemmm... kalu amy kata bunyi fun fair mmg betul pun. kalu konsert jubli perak ni pun nak kasi bunyi gitu gak baik tak payah lo!

tahla so far there's a couple more events yg ada nama this event mgmt co ni mmg haprak je hasilnye... why was i thinking this time it might be different eh...

time2 camni yg tak pueh hati tgk local telco cam celcom dok push foreign band samson tu, foreign telco cam digi tu pulak yg sokong local act cam cicakman..

ops sori termasuk tech talk lak hehe emos..

N a d i a said...

meen,
tu le pasey!! teman pun heghan juge. ni sume keghoje buat deme yg ada saham le. pe nak buat. dog eat dog.
samson tu satu lagu je popular ghasenye, tapi ditatang mcm hape je. kalo konsert2 cam il divo plak, haa..bantey deme teket rm500 (paling moghah) yg sahih utk org2 kaye. kite yg dok kat tgh2 ni..hmm...hanya layak layan sound panpear (funfair) je le kot? camgampunk je kan? (hi..berkobor-kobor teman..haha..)
sponsor & organizer camni pandang kite ngan kepala lutut deme gamoknye?!..

Yatt said...

Ah! Lantak lah! Malam besok aku turun jugak layan Slank.

Di sini tempat cari senang
Salah tempat kalau kau cari uang
Di sini orang-orang penuh kreativitas
Tempat orang-orang yang survive
Di sini bukan anak-anak malas
Tempatnya para pekerja keras
Di sini bukan anak-anak manja
Sedikit kerja
Banyak mintanya!

Mars Slankers - Slank

Anonymous said...

Wahai sahabat online ku sekelian....untuk mengubat keperitan yang korang sekarang ni rasa, apa kata malam minggu ni bertempat di perkarangan A (parking lot) Wings akan perform kat sana jam 8.++malam. Dah tentu free, kalau sound haram mcmn pun tak sakit hati.

Anonymous said...

Sori...info tak lengkap

Venue : Parking lot A b.jalil
Artist : Wings
Date : 6/1/2007
Time : 8.++pm

Yatt said...

Ijan, ini Wings sorang-sorang ke ada band lain. Kalau show diorang sorang-sorang takkan FOC kot?

N a d i a said...

ijan,
jgn jadik cam rock unite dah. satu lagu je deme main. aku sampai je, diorang dah selamat perform dah..haha..tensen betui time tu. tapi ye la..wings guest band je. show free plak tu. :-)

kalo ikutkan aku mmg nak pegi, tapi since yatt tak buleh, aku pun tak buleh le. lagipun, bukit jalil tu dekat bebeno ngan lrt. kalo aku bwk deena, alamatnye tak tengok konsert la aku. ko tak tau lagi kegilaan deena pada lrt!! selagi dia tak dpt naik, jgn harap la dpt enjoy benda2 lain...huwaaaa...

N a d i a said...

btw, yatt..kalo nana dpt tangkap gambo ngan tam, haaa..baru le nana nak pegi esok. if not, maleh le. heheheh...;-)

Anonymous said...

Yang aku pelik sangat ni, apa sebenarnya yg jadi isu di pihak sponsors. Kalau nak kata konsert ni tak memberi keuntungan, berpuluh ribu yg akan datang. Kalau nak kata takut orang tak datang, memang ni lawak slapstick gaban punya tahap. Kalau nak kata muzik mereka takde kelas, aku rasa album baru ni m nasir pun terduduk. So apa sebenarnya isunya... sila jawab wahai sponsors!

N a d i a said...

dio,
bukan sponsor. now ni, organizer yg hampeh tahap dewata raya!..

Anonymous said...

Yatt & Nad ,

Konsert tu kalau ikut kata "sekretariat karnival rasa sayang" setiap malam kecuali malam jumaat akan ada artis buat show. Untuk malam 5/1/2007, kristal yang akan perform, 6/1/2006, wings dan mlm kemuncak 7/1/2007 Mpire akan perform. Aku tak tau le kalau dorang main satu lagu ke byk. Tapi harap2 dapat le dalam 10-20 lagu dah cantek dah. Hal Deena tu....hehehe aku tak bleh nak komen. Mcm aku senang sikit, wife aku kurang sikit band2 rock kapak ni. Ade ke dia ckp Joe Wings punya appearance skrg mcm Yahudi (janggut rabbi). Ros.....Mustaine tu bukan yahudi ke? (ok mende ni aku boleh tanya kat umah)

dio,

Whoa, terlepas banyak dah ko ni. Sekarang ni bukan pasal isu sponsorship, ni pasal organiser event tu. Search ada dia punya class, lagipun konsert ni untuk 25th ann dorang. Jadi bila spec yg Search nak tak dpt, tu yang dorang pull-out tu. Tindakan drastik yang kita kena pikir balik buruk baiknya. OK

N a d i a said...

tu la yg payahnye kalo jadik mcm aku ni..gatey minat rock & bola. dok umah kan senang?..huwaaa..

Brader said...

Nasib baik, gua selalu jenguk kat sini.. kalau tak! mau kempunan gua datang jauh2.

Apa kata lu orang datang Singapore tengok Eric Clapton - 13 January 07 - Singapore Indoor Stadium.

Anonymous said...

carvedijan
Tindakan search tu memang banyak baiknya. Lagi pulak kalau become an open/public discussion. Sure ramai giler yg sokong search. Tapi masalahnya press mesti sokong gomen dan sume company gergasi nih. Dgn lain perkataan cerita sebenar mesti tak kuar paper punye. Tapi keburukannya pun banyak jugak. Silap2 search terus kena blacklist... whoa gelap masa depan...

Anonymous said...

Dasar band ngga professional !! Kampungan !! Sudah sepantasnya kalau telco company ngga mau support hahahah :)) Sudah support, tiba2 cancelled, siapa yang mau?

Kalau sudah begitu, ngga usahlah complain kalau band2 indo terkenal di Malaysia :D Semakin sering lu semua complain, semakin tampak lu semua ada problem dengan mentallity :D

Yang sudah beli ticket, datang ke SLANK concert. Dengerin lyiric SLANK. Habis itu pulang dan renungkan hahahaha :D

Menurut gua, soal technical, itu hanya alasan SEARCH saja :D Takut kalah famous dengan SLANK mungkin hahahah :D

The real band player will always give the best performance in any situation :D

deaf-angel said...

dari jauh2 cam singapore still ok, most to most burn duit tiket ngan ambik leave je. Aku dengar dari Sabah Sarawak nye fans aku lagi kesian, tu semua nak masuk duit flight penerbangan lagi..Terkopak rabak.
Aku harap Search tahu pengorbanan fans dorang sanggup buat apa saje.

Anonymous said...

Sebetulnya berperang dengan organizer/sponsor mungkin bukan satu tindakan bijak. 25 tahun di arena rock, mungkin search sepatutnya sudah lebih matang dalam membuat keputusan. Bukan hanya mengikut perasaan (macam orang muda) dan terus menongkah arus. Mungkin betul kata mereka - if u cannot beat them, join them. Once ure inside, then baru beat them to hell.

Anonymous said...

Anonymous,

Perlu diingatkan yg pendengar muzik Search bukan semuanya di kalangan orang yang tidak tahu ilmu muzik. Dan Search adalah band muzik yang perlu main live untuk menjaga reputasi mereka. Kalau pemuzik handal macamana pun, tapi sound sistem tak bagus, mereka sendiri tidak akan rasa puas untuk deliver their music to the fans. Professionalism mesti di letak sebagai priority.

Edd Vedder said...

yatt, nadia..

nanti masa korang tgk Slank cuba dengor btoi-btoi bunyik dia. Kalau sound hancur, maybe org bleh faham pendirian Search. Kalau sound tiba2 gempak, marvellous.. jenuh Search nak menjawab pasni.. hehe.

anyway, selamat bergumbira u Slankers!