24 June 2008

IRONI RAMBUT PANJANG DAN RENTAK JUARA



Selepas menonton pertandingan akhir Rentak Juara Rhythm of Champions 2008 pada Ahad lepas, teringat pulak pada satu entry blog Yatt tentang satu detik hitam yang tercatat dalam sejarah evolusi muzik rock Malaysia.

Pada 1 November 1992, RTM melalui rancangan Selamat Pagi Malaysia telah menyiarkan siaran langsung upacara menggunting rambut dua ikon rockers Malaysia iaitu Amy (Search) dan Awie (Wings) oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat di Auditorium Besar Angkasapuri. Upacara yang dikatakan 'simbolik' itu diadakan sejajar dengan 'usaha' kerajaan untuk memastikan setiap artis (baca: rockers sahaja) tampil dengan imej yang sopan dan bersih, dan tidak lagi berambut panjang.

Dan siapa sangka, kedua-dua rockers yang pernah diperlekehkan 16 tahun dulu, dipertemukan semula dalam satu situasi yang berbeza. Ahad lalu, di Stadium Malawati Shah Alam (di atas set pentas yang dibawa keluar dari RTM), Amy dan Awie telah diberikan pengikhtirafan. Awie yang masih berambut panjang dengan sedikit calitan warna perang, diberikan tanggungjawab untuk menjadi salah seorang juri pertandingan akhir Rentak Juara. Amy pulak, yang sudah botak tapi tetap stailo, diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang saguhati.

Hmm, terharu melihat karma. Sangat ironic.

16 tahun dulu, penonton Selamat Pagi Malaysia hanya berpeluang melihat gambar ketika acara itu berlangsung kerana berlaku gangguan suara. Hanya selepas separuh acara itu berlangsung, barulah kesilapan teknikal itu berjaya diperbetulkan. Dan nampaknya, 'reputasi' ini masih berjaya dikekalkan sehingga malam Ahad lalu. Ye lah, kali ini penonton bukan saja dapat menonton tiga pengacara bersuara tanpa berbunyi, tetapi juga dapat menonton mereka bertiga tiba-tiba mengacara dalam gelap! Rare tu, sangat mengiburkan! (Pstt! 'Syabas' Zed Zaidi! Jangan lupa nota tau! Terima kasih jugak kerana tak cuba ambik kesempatan dan nyanyi "Sembilu Kasih". Hehehe.)

Sejujurnya, tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang Rentak Juara 2008. Kualiti band-band yang bertanding semakin menurun jika dibandingkan ketika ia mula-mula diperkenalkan pada 2004; tidak ada elemen-elemen yang segar. Agak kecewa juga melihat kebanyakan band masih lagi lebih selesa mempersembahkan lagu-lagu cover daripada lagu-lagu ciptaan sendiri. Selain produksi yang kelihatan agak kelam-kabut, band-band jemputan juga tidak banyak membantu memulihkan rentak acara malam itu.

Walau bagaimanapun, Rentak Juara wajar diteruskan kerana ia adalah antara platform yang baik dan adil untuk mengenengahkan bakat-bakat baru di Malaysia ini. Tenaga produksi pertandingan ini masih ada dua tahun untuk menilai semula dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Apa pun, tahniah kepada Aisunam, Cherish 2000 dan Carbolic Smokeballs!

Dan tahniah juga kepada Amy dan Awie. Korang berdualah juara sebenar-benarnya! ;-)

Sila klik SINI untuk membaca salah satu ulasan yang mantap mengenai Rentak Juara 2008.

6 comments:

BENTARA said...

apa nak dikatakan. Rentak Juara ni bukannya nak cari band yang "berpandangan" jauh. Originaliti rasanya out of questions. Yang nak dicari ialah yang paling orang "suka". Begitulah nasib industri muzik Malaya.

Bila band Indon masuk, semua bising.

carvedijan said...

Wings sepatutnya menjadi artis jemputan untuk final RJROC. Tapi pasal tak menepati standard yang ditetapkan, Wings terpaksa menarik diri.

zhfr said...

malaysia...malaysiaaaa

zan said...

Nak kena komen ke pasal Rentak Juara (RJ) ni? Pada aku RJ yang 1st je (2004) yang syok (maybe pasal dapat tengok band2 artis kantoi dengan band2 pub).

Pada aku RJ kali ni ulangan pada Rock Unite yang lepas. Pelik macamana band metal yang boleh menang. Bukan nak menidakkan kemampuan band metal tapi..semua tengok kan?

Bab Kamal Fenomena tu lagi la. Tak dengar apa buah butir dia nyanyi. Dah la nyanyi depan Amy lak tu..hahaha

(Luahan rasa dari orang yang tak lepas audition RJ..hahaha)

abu besihitam said...

rentak juara langsung tak mencerminkan ketelitian dan originaliti pengadil. RTM masih belum mencapai tahap keterbukaan yang sepenuhnya.tetapi aku memberikan penghormatan kepada RTM kerana melakukan sedikit evolusi mengenai ciri-ciri pemakaian dan persembahan artis yang nampak sedikit longgar syarat2nya. jika penampilan pertama kalinya peserta berambut panjang dilarang sama sekali melepaskan rambut dan harus diikat untuk mematuhi etika RTM. apa2 pun soal originaliti ke tak. aku mengangkat RTM sebagai sebuah stesen media kerajaan yang sanggup mengangkat martabat kaki2 jamming dan budak2 underground menempa nama di aliran perdana. teruskan rentak juara

witchunter said...

RTM- ROCK TAK MASYUK.....HEHEHEH...apa pun hidup rock....RTM kan ramai Veteran..tunggu lah generasi baru masuk...barulah RTM - ROCK TETAP MEMBANGGAKAN!!!